Bekas Pemain Manchester United Mengalukan Kedatangan Louis Van Gaal

Posted at  Tuesday, May 20, 2014  |  in  Louis Van Gaal

Apa kata beberapa orang bekas pemain Manchester United tentang pengurus baru kelab itu, Louis Van Gaal.

Edwin van der Sar: Satu peluang yang sangat baik bagi United dan Van Gaal menggabungkan segala kualiti yang mereka ada dalam dunia bola sepak. Selamat berjaya di UK! Satu perkara yang menarik adalah untuk kita melihat siapakah pemain muda yang akan dibawa masuk oleh Van Gaal untuk menghadapi musim akan datang melibatkan kombinasi pemain yang sedia ada dan muka-muka baru.


Rio Ferdinand: Selamat berjaya kepada Louis Van Gaal sebagai pengurus baru Manchester United. Dan selamat berjaya juga kepada Ryan Giggs sebagai orang nombor 2 dalam pengurusan United. Semoga mereka dapat membawa United kembali ke kemuncak.

Ray Wilkins: Saya pasti Robin van Persie telah memberitahu rakan sepasukannya tentang karakter Van Gaal sebagai seorang pengurus... Dia seorang yang sangat berkeyakinan dan saya tidak ada keraguan bahawa dia akan melakukan tugas dengan baik di Old Trafford.

David May: Ini adalah satu perlantikan yang terbaik. Dia telah memenangi piala di seluruh Eropah termasuk Sepanyol, Jerman dan Belanda and harapan kita adalah dia akan memenangi piala juga di Old Trafford. Ini adalah tugas yang besar. Ada tiga atau empat pemain akan meninggalkan United dan dia mesti menggantikan mereka dengan pemain yang berkualiti.

Share this post

About Berita Dari Old Trafford

Kami bawakan anda berita dan cerita dari Old Trafford yang terkini dan yang dah basi.

2 comments:

  1. Good luck to him..besar tangggungjawab tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tanggungjawab memang besar ni. Harap-harap musim depan jadi Champion balik.

      Delete

About-Privacy Policy-Contact us
Copyright © 2013 Berita Dari Old Trafford. Blogger Template by Bloggertheme9
Published..Blogger Templates. Powered by Blogger.
back to top