Duta Manchester United Peter Schmeichel Memuji Kebolehan Louis van Gaal

Posted at  Thursday, May 22, 2014  |  in  Louis Van Gaal

Duta Manchester United, Peter Schmeichel memuji perlantikan Louis van Gaal sebagai pengurus baru kelab itu dan berpendapat van Gaal mampu mencapai kejayaan di Old Trafford.

Schmeichel menegaskan bahawa bekas pengurus Ajax, Barcelona dan Bayern Munich itu mempunyai karakter yang diperlukan di Old Trafford selepas musim yang tidak memberangsangkan bagi kelab itu. Manchester United menamatkan saingan Liga Perdana di tangga ketujuh dan sekadar layak hingga ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara.

Kredit Imej: manutd.com

Schmeichel memberitahu Sky Sports bahawa perkara itu adalah satu berita baik kerana semua orang mahukan kepastian sama ada Louis Van Gaal benar-benar akan datang ke Old Trafford sebagai pengurus baru.

Schmeichel juga mengingatkan penyokong bahawa perubahan tidak akan berlaku dalam satu malam. Van Gaal pasti mempunyai sesuatu dalam fikirannya tentang apa yang perlu dilakukan. Dan dia juga mempunyai orang nombor dua yang betul-betul memahami tentang kelab itu, iaitu Ryan Giggs.

Share this post

About Berita Dari Old Trafford

Kami bawakan anda berita dan cerita dari Old Trafford yang terkini dan yang dah basi.

0 comments:

About-Privacy Policy-Contact us
Copyright © 2013 Berita Dari Old Trafford. Blogger Template by Bloggertheme9
Published..Blogger Templates. Powered by Blogger.
back to top