Ingatan Buat Ryan Giggs

Posted at  Tuesday, May 20, 2014  |  in  Ryan Giggs

Ryan Giggs akan selalu dalam ingatan. Ryan Giggs akhirnya mengumumkan bersara; bersara sebagai pemain bola sepak dalam Liga Perdana Inggeris - bukan bersara dari dunia bola sepak. Ryan Giggs akan terus memainkan peranan dalam kelab sebagai penolong pengurus kepada Louis Van Gaal.

Kombinasi baru Van Gaal dan Ryan Giggs mungkin akan memberi nafas baru buat Manchester United bagi musim Liga Perdana Barclay yang akan datang. Sebagaimana bersaranya Sir Alex Ferguson daripada menjadi pengurus Manchester United, Sir Alex masih tetap bersama dan memainkan peranannya dalam kelab.

Ryan Giggs adalah satu nama yang tidak mungkin boleh dilupakan dalam dunia bola sepak. Di kalangan peminat Manchester United, Ryan Giggs adalah hero yang telah membantu Manchester United memenangi pelbagai kejuaraan. Dengan kelasnya yang tersendiri, Ryan Giggs adalah salah seorang lagenda Manchester United yang masih hidup.

Share this post

About Berita Dari Old Trafford

Kami bawakan anda berita dan cerita dari Old Trafford yang terkini dan yang dah basi.

0 comments:

About-Privacy Policy-Contact us
Copyright © 2013 Berita Dari Old Trafford. Blogger Template by Bloggertheme9
Published..Blogger Templates. Powered by Blogger.
back to top