Ketibaan Louis Van Gaal: Khabar Angin Jadi Kenyataan

Posted at  Tuesday, May 20, 2014  |  in  Louis Van Gaal

Cakap-cakap yang berkemundang sebelum ini tentang kedatangan Louis Van Gaal ke Old Trafford akhinya adalah khabar angin yang menjadi kenyataan. Musim Liga Perdana Barclay yang berakhir baru-baru ini adalah satu musim yang sukar bagi Manchester United.

Walaupun United memenangi Perisai Komuniti semasa tirai pembukaan liga musim yang baru berakhir ini, impak yang dibawa oleh David Moyes sama sekali tidak seperti yang diharapkan. Ryan Giggs kemudiannya mengambil alih pengurusan buat sementara. Berbaki empat perlawanan pada waktu tersebut, tidak banyak yang mampu dilakukannya sebagai Pengurus Interim.


Kini Van Gaal akhirnya tiba. Van Gaal antara salah satu nama yang dicanang sebagai Pengurus seterusnya pasukan Manchester United. Pengumuman dan pengesahan tentang kedatangan Van Gaal sebagai pengurus baru Manchester United diumumkan oleh kelab itu semalam.

Van Gaal telah berpengalaman menguruskan beberapa kelab besar di dunia termasuk Ajax, Barcelona dan Bayern Munich. Van Gaal sememangnya mempunyai rekod yang baik sebagai pengurus dan hakikatnya Van Gaal tidak akan dapat lari daripada dibandingkan dengan Sir Alex Ferguson apabila dia mula menguruskan United untuk musim baru yang akan datang.

Apa yang akan, boleh dan mampu dilakukan oleh Van Gaal untuk mengembalikan kegemilangan Manchester United. Bersama-sama kita nantikannya.

Share this post

About Berita Dari Old Trafford

Kami bawakan anda berita dan cerita dari Old Trafford yang terkini dan yang dah basi.

0 comments:

About-Privacy Policy-Contact us
Copyright © 2013 Berita Dari Old Trafford. Blogger Template by Bloggertheme9
Published..Blogger Templates. Powered by Blogger.
back to top