Pemain Muda Manchester United Bantu Pasukan England Bawah 21

Posted at  Wednesday, May 21, 2014  |  in  Bakat Muda

Bakat muda Manchester United, Michael Keane dan Jesse Lingard mempamerkan persembahan dan reputasi yang baik dalam perlawanan bertemu Wales walaupun tidak menjaringkan gol peribadi. Mereka telah bermain sepenuh masa. Ketiga-tiga gol dijaringkan oleh Nathan Redmond.

Kemenangan tersebut hampir mengesahkan England sebagai pendahulu kumpulan bagi peringkat kelayakan dalam Kejohanan Eropah. Walau bagaimanapun England masih mempunyai baki dua perlawanan untuk disempurnakan.

Image credit: Man Utd Official Website


Michael Keane digadingkan dengan pemain Leicester City, Liam Moore di bahagian tengah pertahanan. Keane menunjukkan gaya permainan yang bertenaga dan penuh kawalan bagi mengekang serangan-serangan yang dilakukan oleh pemain-pemain Wales.

Lingard pula menyarung jersi nombor 10 memainkan peranan sebagai jentera serangan England. Jesse Lingard hampir menjaringkan gol apabila tandukannya yang berpunca dari hantaran lintang Redmond sekadar melepasi palang gol. Lingard kemudian memperoleh lagi peluang untuk menyumbat gol, tetapi dinafikan oleh penjaga gol Wales, Connor Roberts dengan "double-save" yang sangat hebat.

Dalam keadaan pasukan muda England sedang menunjukkan persembahan yang bertenaga di peringkat Eropah, mampukan pula pasukan kebangsaan England membuktikan sesuatu pada Piala Dunia 2014 di Brazil nanti?

Share this post

About Berita Dari Old Trafford

Kami bawakan anda berita dan cerita dari Old Trafford yang terkini dan yang dah basi.

0 comments:

About-Privacy Policy-Contact us
Copyright © 2013 Berita Dari Old Trafford. Blogger Template by Bloggertheme9
Published..Blogger Templates. Powered by Blogger.
back to top