United Bersedia Bertemu Liverpool di Miami

Posted at  Monday, August 04, 2014  |  in  Tour 2014

Manchester United sedang membuat persiapan untuk bertemu Liverpool dalam perlawanan akhir Piala Juara-Juara Antarabangsa (International Champions Cup). United menunjukkan persembahan bertenaga sepanjang perlawanan pra-musim bagi musim baru yang akan tiba pertengahan Ogos ini.

Menang semua perlawanan pra-musim adalah petanda baik bagi kelab gergagsi Inggeris itu. Walau bagaimanapun, adalah penting untuk mengekalkan prestasi dan momentum tersebut apabila saingan Liga bermula nanti dengan perlawanan pertama United adalah bertemu dengan Swansea.

Image Credit: manutd.com
United menempah tiket akhir apabila menumbangkan Real Madrid 3-1 dan Liverpool pula menewaskan Olympiacos untuk bertemu United di final. Perlawanan akhir Piala Juara-Juara Antarabangsa akan diadakan di Sun Life Stadium, Miami.

Share this post

About Berita Dari Old Trafford

Kami bawakan anda berita dan cerita dari Old Trafford yang terkini dan yang dah basi.

0 comments:

About-Privacy Policy-Contact us
Copyright © 2013 Berita Dari Old Trafford. Blogger Template by Bloggertheme9
Published..Blogger Templates. Powered by Blogger.
back to top