• Featured

    FA Cup: Derby County v Manchester United 29 Januari 2016

  • Featured

    Don't miss these 10 Things if you are going for Picnic.

  • Articles

    iPhone 6 Will Look Like

  • Articles

    Solar Powered UAVs To Replace Satellites

  • Selepas Ogos yang suram, awal September membawa sedikit sinar di Old Trafford. 4 gol minggu lepas terasa begitu berharga untuk meniup kembali semangat bukan sahaja di kalangan pemain malah kepada penyokong United yang berada di setiap ceruk pelosok dunia yang satu ini.

    Ada suara-suara dengki yang mengatakan QPR adalah lawan yang mudah, oleh sebab itu United mampu menewaskan kelab tersebut dengan 4 gol tanpa balas. Hakikatnya, tiada konsep lawan yang mudah dalam saingan liga ini. Kerana bak kata seluruh peminat bola sepak di dunia, "bola itu bulat". Sebarang kemungkinan boleh berlaku; jadi sekali lagi tiada konsep lawan yang mudah.

    Malam esok, United akan bertanding ke King Power Stadium dalam perlawanan menentang Leicester City FC. Sekali kali harus diingatkan tiada konsep lawan mudah, dan kesilapan yang selalu dilakukan ialah memandang rendah keupayaan yang sekaligus membawa bencana dan kecelakaan kepada diri sendiri.
    Image Credit: manutd.com

    Siapakah kesebelasan utama United yang akan dibariskan oleh Louis van Gaal esok? Sama-sama kita nantikan malam esok waktu Kuala Lumpur. Walau bagaimanapun Louis van Gaal mempunyai dilema dalam memilih penyerangnya; antara Rooney, Persie, Falcao, Wilson dan Januzaj. Van Gaal barangkali tiada masalah dengan penyerang-penyerang, masalah yang merungsingkannya ialah pertahanan, tetapi kehadiran Daley Blind nampak banyak membantu bahagian bawah untuk bertahan daripada dibolosi. Kita berharap prestasi semasa bertemu QPR dikekal dan ditambahkan dalam perlawanan dengan Leicester pada malam esok waktu Kuala Lumpur.

    Cahaya September di Old Trafford

    Posted at  Friday, September 19, 2014  |  in  Wayne Rooney  |  Read More»

    Selepas Ogos yang suram, awal September membawa sedikit sinar di Old Trafford. 4 gol minggu lepas terasa begitu berharga untuk meniup kembali semangat bukan sahaja di kalangan pemain malah kepada penyokong United yang berada di setiap ceruk pelosok dunia yang satu ini.

    Ada suara-suara dengki yang mengatakan QPR adalah lawan yang mudah, oleh sebab itu United mampu menewaskan kelab tersebut dengan 4 gol tanpa balas. Hakikatnya, tiada konsep lawan yang mudah dalam saingan liga ini. Kerana bak kata seluruh peminat bola sepak di dunia, "bola itu bulat". Sebarang kemungkinan boleh berlaku; jadi sekali lagi tiada konsep lawan yang mudah.

    Malam esok, United akan bertanding ke King Power Stadium dalam perlawanan menentang Leicester City FC. Sekali kali harus diingatkan tiada konsep lawan mudah, dan kesilapan yang selalu dilakukan ialah memandang rendah keupayaan yang sekaligus membawa bencana dan kecelakaan kepada diri sendiri.
    Image Credit: manutd.com

    Siapakah kesebelasan utama United yang akan dibariskan oleh Louis van Gaal esok? Sama-sama kita nantikan malam esok waktu Kuala Lumpur. Walau bagaimanapun Louis van Gaal mempunyai dilema dalam memilih penyerangnya; antara Rooney, Persie, Falcao, Wilson dan Januzaj. Van Gaal barangkali tiada masalah dengan penyerang-penyerang, masalah yang merungsingkannya ialah pertahanan, tetapi kehadiran Daley Blind nampak banyak membantu bahagian bawah untuk bertahan daripada dibolosi. Kita berharap prestasi semasa bertemu QPR dikekal dan ditambahkan dalam perlawanan dengan Leicester pada malam esok waktu Kuala Lumpur.

    0 comments:

    About-Privacy Policy-Contact us
    Copyright © 2013 Berita Dari Old Trafford. Blogger Template by Bloggertheme9
    Published..Blogger Templates. Powered by Blogger.
    back to top