4-4-2 Bawa Kemenangan 2-0 Untuk United

Posted at  Monday, January 19, 2015  |  in  Queens Park Rangers

Imej: manutd.com
Liga Perdana Barclays masih berbaki 16 perlawanan. Kekalahan Manchester City kepada Arsenal mengukuhkan lagi kedudukan Chelsea di persada liga. Manakala bagi Louis van Gaal dan anak-anak buahnya di Old Trafford, hanya "miracle" yang mungkin membolehkan mereka terus bersaing untuk gelaran liga.

Kemenangan 2-0 ke atas QPR mengubat luka kekalahan kepada Southampton dalam perlawanan sebelumnya. Separuh masa pertama dalam perlawanan menentang QPR, United mempamer aksi yang sangat tidak memberangsangkan. Falcao berpeluang untuk membolosi gawang QPR tetapi penyudahnya mengecewakan.
Separuh masa kedua menyaksikan perubahan formasi oleh Pengurus United selepas didesakan oleh jeritan para penyokong United. Perubahan kepada formasi 4-4-2 membuahkan hasil apabila pada minit ke-58 Fellaini memecahkan kebuntuan gol berpunca daripada gerakan Di Maria. Wilson menambah satu lagi gol pada masa kecederaan untuk memberikan kemenangan 2-0 kepada United.

Kesimpulan: Louis van Gaal seharusnya mengekalkan formasi 4-4-2 yang sememang mempunyai impak tersendiri.

Mampukah United terus mencabar kedudukan City dan Chelsea?

Share this post

About Berita Dari Old Trafford

Kami bawakan anda berita dan cerita dari Old Trafford yang terkini dan yang dah basi.

0 comments:

About-Privacy Policy-Contact us
Copyright © 2013 Berita Dari Old Trafford. Blogger Template by Bloggertheme9
Published..Blogger Templates. Powered by Blogger.
back to top