FA Cup: Derby County v Manchester United 29 Januari 2016

Posted at  Wednesday, January 27, 2016  |  in  Emirates FA Cup

Tidak dinafikan, prestasi The Red Devil musim ini di bawah kendalian Louis van Gaal sememangnya tidak memberangsangkan. Dalam perlawanan liga yang lepas menentang Southampton, United sepatutnya boleh mendapatkan sekurang-kurangnya satu mata, tapi kesilapan pertahanan memboleh Charlie Austin menanduk masuk gol kemenangan Southampton sekaligus mencuri tiga mata di Old Trafford.

Selepas 23 perlawanan United tumpas dalam enam perlawanan dan sekadar mengutip 37 mata, 10 mata dibelakang pendahulu Liga, Leicester City. Dengan berbaki 15 perlawanan Liga, sekiranya Pengurus kelahiran Belanda itu gagal melakukan apa yang diharapkan semasa kedatangannya ke Old Trafford, mungkin musim depan beliau boleh mengucapkan selamat tinggal kepada Theatre of Dreams itu.


Esok United akan berkunjung ke iPro Stadium dalam pertembungan FA Cup dengan Derby County. Penyokong-penyokong United seluruh dunia pastinya mengharapkan kemenangan selepas keputusan mengecewakan minggu lepas dalam perlawann liga.

Jika ada sesiapa yang tahu pautan LIVE STREAMING FA CUP untuk perlawanan LIVE STREAMING FA CUP DERBY COUNTY V MANCHESTER UNITED, mohon kongsi-kongsikan di ruangan komentar.

Share this post

About Berita Dari Old Trafford

Kami bawakan anda berita dan cerita dari Old Trafford yang terkini dan yang dah basi.

0 comments:

About-Privacy Policy-Contact us
Copyright © 2013 Berita Dari Old Trafford. Blogger Template by Bloggertheme9
Published..Blogger Templates. Powered by Blogger.
back to top