Keputusan FA Cup - Derby County 1 Manchester United 3

Posted at  Friday, January 29, 2016  |  in  Emirates FA Cup

Walaupun masih sekadar menghuni tangga ke-5 Liga, sekurang-kurang kemenangan ke atas Derby County semalam dalam saingan Emirates FA Cup mengubat kekecewaan para penyokong The Red Devils. Masih ada sinar harapan untuk United untuk sekurang-kurang memenangi FA Cup musim ini.

Gol-gol oleh Rooney, Blind dan Mata membolehkan United melangkah ke pusingan seterusnya dalam misi memburu FA Cup. Kemenangan ini sudah semestinya diharapkan oleh pengendali United, Louis van Gaal. Jika van Gaal berimpian untuk mengurus United dalam tempoh masa yang lebih panjang, beliau mesti membuktikan sesuatu kepada pihak pengurusan Kelab dan penyokong-penyokong United.


Di peringkat Liga, van Gaal masih dianggap gagal membimbing United pada pandangan sesetengah pihak. dengan berbaki 15 perlawanan Liga, United mesti menang kesemua perlawanan Liga jika mahu sekurang-kurang berada di Top 4.

Apa-apa pun. Glory Glory Man United!

Share this post

About Berita Dari Old Trafford

Kami bawakan anda berita dan cerita dari Old Trafford yang terkini dan yang dah basi.

0 comments:

About-Privacy Policy-Contact us
Copyright © 2013 Berita Dari Old Trafford. Blogger Template by Bloggertheme9
Published..Blogger Templates. Powered by Blogger.
back to top