Barclay's Premier League: Manchester United 3 Arsenal 2

Posted at  Sunday, February 28, 2016  |  in  Rashford

Semalam penulis sibuk menguruskan urusan anak sehingga penulis terlupa tentang perlawanan Manchester United - Arsenal. Mujur pagi ini isteri penulis memaklumkan berita gembira tentang ke"glory"an United selepas isteri penulis ternampak beberapa status "GGMU" di Facebook. 


Walau kedudukan United tidak berubah -  masih di kedudukan kelima liga - tetapi fakta bahawa United  mengalahkan Arsenal kekal sebagai satu fakta. Rashford jaringkan 2 gol dan assist satu untuk Herrera. 


Jangan kita lupa sumbangan De Gea yang menyelamatkan percubaan Arsenal pada minit-minit awal perlawanan. Dan jangan dilupa aksi menjatuhkan badan oleh Pengurus United. Apakah kemenangan ke atas Arsenal semalam satu petanda baik untuk anak buah van Gaal? 

Persembahan United adalah tidak menentu. Jadi penulis berpandangan kemenangan ke atas Arsenal bukanlah kayu ukur yang baik bahawa untuk mengatakan prestasi the Red Devil sedang meningkat, melainkan United menang 5 perlawanan liga seterusnya, dari situ mungkin kita boleh berbicara tentang peningkatan. 

Apa-apa pun GGMU! 

Share this post

About Berita Dari Old Trafford

Kami bawakan anda berita dan cerita dari Old Trafford yang terkini dan yang dah basi.

0 comments:

About-Privacy Policy-Contact us
Copyright © 2013 Berita Dari Old Trafford. Blogger Template by Bloggertheme9
Published..Blogger Templates. Powered by Blogger.
back to top